Monday, June 23, 2008

Melukis

Diwaktu begini, kebanyakan manusia sedang tidur dengan lenanya. Penulis pula masih lagi berusaha mencari pic yang senang untuk dilukis. Tugasan melukis yang diberikan sangat mencabar bagi penulis kerana kertas lukisan yang digunakan bukannya kecil tetapi bersaiz "box pad" if i'm not mistaken. Bayangkan kertas yang digunakan untuk membuat kotak harus dipenuhkan betapa payahnya untuk menyiapkan apa lagi jika seseoarng itu tidak mempunyai jiwa seni seperti penulis. kalau ikutkan hati, mahu saja penulis melukis mata besar-besar tetapi jiwa terasa berat kerana penulis berpendapat akan banyak lagi sahabat-sahabat penulis akan memilih mata sebagai tajuk lukisan mereka. Apa yang mampu penulis lakukan adalah mengharapkan keajaiban yang belum pasti akan tercapai. Walau bagaimanapun memandangkan masa dah menunjukkan jam 2.43 pagi dalam masa 2 minit lagi perlawanan Italy n Spain akan bermula. Nampaknya niat suci penulis utk menyiapkan tugasan tidak kesampaian coz penulis kena tengok perlawanan ini hehe

No comments: