Di zaman moden ini, kerasaukan setan masih lagi berlaku seiring dengan pembangunan pesat dunia. Berita mengenai kerasukan sering kali di dedahkan di dada akhbar. Kerasukan setan mengakibatkan penyakit secara jasmani, seperti kelu, buta dan dll. Kadang kala juga orang yang kerasukan setan ini akan melakukan kejahatan.
Dapat disimpulkan disini bahawa terdapat pelbagai gejala dari kerasukan setan, seperti kelemahan jasmani yang bukan disebabkan oleh gangguan fisiologi, perubahan keperibadian seperti depresi berat atau sifat agresif yang tidak masuk akal dan juga kekuatan supernatural.
Disamping ciri-ciri jasmaniah atau emosional kita juga boleh melihat ianya dari sudut rohani sesorang. Seseorang yang tidak mengampuni, dan juga menyebarkan ajaran-ajaran yang tidak benar terdedah kepada kerasukan setan.
Mengenai pengaruh setan dalam kehidupan orang-orang Kristian, setan tidak akan dapat merasuk kerana setiap orang-orang Kristian memiliki Roh Kudus yang tinggal di dalamnya. Setan hanya dapat merasuk jika sekiranya seseorang membiarkan dirinya dikuasai oleh dosa secara terus menerus. Kebanyakan individu membuka hidup mereka kepada setan melalui dosa atau penglibatan dalam pemujaan roh baik ianya dilakukan secara sedar ataupun tidak.
No comments:
Post a Comment