Tuesday, August 12, 2008

Sungai Dara

Petang tadi lepas ja kelas lebi kurang jam 4 kami p mandi di sungai Dara. Sungai dara ni terletak dekat area Slim River. Mulanya kami cadang mau p jam 3.30 tapi maklumla janji Malaysia ni selalu ja lambat hehe. Apapun kepenatan menunggu kawan2 berbaloi juga bila sampai di lokasi. Tempat tu memang sunyi. Di sekitar tempat tu kebun getah kalau x silap saya. Air sungai tu sangat jernih (* Boleh dikatakanla hehe) pas tu banyak batu. Sebelum jalan saya ada bawa tu teropong sama "panah" kawan di rumah pinjam coz hajat memang mau menerupung kunun sambil mandi. Masuk dalam air ja waaa first time sy nampak ikan begitu banyak sekali. Malangnya ikan tu macam sekolah ja takut betul sama tu panah. Kalau lambat sikit dalam air mungkin dapat juga tapi sy x larat maklumla lama sda meninggalkan zaman panah memanah ni hehe tengok ikan ja la . memang best la tempat tu. Nasib baikla saya x jala. klu ada "rambot" ada juga mungkin bikin pusas malam ni hehe..

Monday, July 14, 2008

Hari Pertama

Risau juga ari ni maklumla 1'st tme masuk sekolah balik. Risau ada banyak sebab salah satu x yakin dengan kemampuan tambah merumitkan keadaan saya belum prepare lagi apa2.Harap2 sylibus dorang abis sda senang sikit kerja hehe..

Monday, June 23, 2008

Melukis

Diwaktu begini, kebanyakan manusia sedang tidur dengan lenanya. Penulis pula masih lagi berusaha mencari pic yang senang untuk dilukis. Tugasan melukis yang diberikan sangat mencabar bagi penulis kerana kertas lukisan yang digunakan bukannya kecil tetapi bersaiz "box pad" if i'm not mistaken. Bayangkan kertas yang digunakan untuk membuat kotak harus dipenuhkan betapa payahnya untuk menyiapkan apa lagi jika seseoarng itu tidak mempunyai jiwa seni seperti penulis. kalau ikutkan hati, mahu saja penulis melukis mata besar-besar tetapi jiwa terasa berat kerana penulis berpendapat akan banyak lagi sahabat-sahabat penulis akan memilih mata sebagai tajuk lukisan mereka. Apa yang mampu penulis lakukan adalah mengharapkan keajaiban yang belum pasti akan tercapai. Walau bagaimanapun memandangkan masa dah menunjukkan jam 2.43 pagi dalam masa 2 minit lagi perlawanan Italy n Spain akan bermula. Nampaknya niat suci penulis utk menyiapkan tugasan tidak kesampaian coz penulis kena tengok perlawanan ini hehe