Sunday, May 25, 2008

Akademi Fantasia 6

Sebagai peminat seni, saya berasa sangat bangga kerana pada hari ini sekali lagi pihak ASTRO berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang begitu berbakat sekali dalam bidang nyanyian. Setinggi ucapan tahniah kepada tenaga-tenaga pengajar Akademi Fantasia yang diterajui oleh Ramli MS dan juga pihak-pihak yang terlibat kerana berjaya melakukan yang terbaik dalam mencapai objektif Akademi Fantasia ini. Untuk bekas pelajar Akademi Fantasia teruskan usaha anda semoga anda berjaya mencorakkan lagi dunia hiburan dinegara kita malahan di seluruh dunia. Bagi para peminat Akademi ini tahniah kerana terus mengundi. Walau bagaimanapun, penulis masih lagi tidak dapat memahami kriteria sebenar peminat mengundi pelajar. Ini kerana, apabila mengimbas kembali konsert akhir Akademi Fantasia 6 jelas sekali pelajar yang bernama Nadia layak untuk mendapat tempat yang lebih baik tetapi sebaliknya yang berlaku. Apapun seperti yang dikatakan oleh AC Mizal "Segala Undian Di Tangan Anda" sememangnya tepat sekali. Oleh itu peminat memainkan peranan yang sangat penting sekali dalam Akademi ini. Kematangan peminat dalam memilih pelajar adalah sangat penting agar pelajar-pelajar yang dilahirkan kelak benar-benar boleh bersaing didalam dunia seni ini. Akhir sekali TAHNIAH buat Stacy. Anda sememangnya layak bergelar JUARA Akademi Fantasia 6 ini. Sekian

Tuesday, May 20, 2008

Buat Kapal Lanun

Cakap pasal design2 ni memang bukan bidang saya ni. Saya lagi rela buat kerja amal spt potong rumputka, berenang ka dan apa2 yang sewaktu dengannya. Apapun utk memenuhi kehendak kementerian terpaksala juga memaksakan dri buat design n prototype utk kapal. Tidak kirala apa kapal sekalipun asalkan boleh berfungsi di laut. Mau design bentuk kapalpun memakan masa lama. I don't know bilang org putih. Tiba2 pula mcm mana saya tefikir cerita lanun klu sy x silap Pirates of the Carribean mungkin tajuk crita tu. Maka dengan sendirinya timbulla idea saya buat kapal mcm cerita lanun tu. Mau buat kapal yang power2 memang saya x tau. Lagipun kalau Kapal Lanun memang x cantikkan jadi kira bolela. Harap2 kapal yg tercipta nanti ada juga rupa kapal walau sikitpun

Apa yang ada dengan pekan TM

pagi tadi buring2 saya pegila pekan Tanjung Malim. Awal lagi bangun tu jam 8 sda besiap huhu...kira awal la kunun tu bg sy. Saya mau crita sikit pasal pekan ni. Pekan ni x la besar sangat tapi memang sesuaila bagi orang yang tidak suka kebisingan kota mcm penulis haha. Apa yang ada di pekan ni memang cukupla utk membeli segala keperluan yg kita guna seharian. Tapi bagi mereka yang kaki panggung la katakan memang tidak dapatla tengok wayang d cni. Nila yang saya mau katakan sebenarnya ni haha..Apapun harapan tingggal harapan iyala nama memang pekan ja kan takkanla mau buat panggung pula. Tapi sy rasa memang untung betul org yg berani buat panggung d cni. Hopefully next tme adala 1 or 2 panggung kena bt d cni.

Wednesday, May 14, 2008

Isu kekurangan beras

Isu kekurangan beras sekarang ni hangat diperkatakan...Siapaka yang harus dipersalahkan? Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan kita dalam membendung masalah ini...apapun adakah kerajaan sahaja yang harus bertanggungjawab? Apakah kita sebagai rakyatnya bertindak sebagai pemerhati? Bila mana berlakunya masalah seperti sekarang ni semuanya kita salahkan kerajaan. Protes kenaikan harga berlaku di sana sini. Persoalannya adakah dengan melakukan hal-hal seperti tunjuk perasaan dan sebagainya dapat menyelesaikan masalah ini? Bagaimana mungkin harga beras tetap sama jika sememangnya ianya tidak mencukupi. Sepengetahuan saya, isu kekurangan ini tidak pernah timbul dulu. Zaman penjajahan dahulu memang betul berlaku kekurangan beras tetapi pada masa itu kita belum merdeka lagi tetapi selepas merdeka kita bergerak maju ke depan. Pelbagai usaha dibuat untuk memajukan sektor pertanian. Apapan sekarang ini saya berpendapat kita telah ditelan oleh oleh zaman. Zaman sekarang ini kebanyakan orang bersikap kapitalis. Dulunya kawasan yang biasanya ditanam dengan padi digantikan dengan tanaman lain.Tanaman yang paling popular ialah kelapa sawit ataupun pokok getah. Terdetik di fikiran saya jika bekalan beras ni akan habis kelak. Apakah yang akan berlaku bagi mereka yang hidup di kawasan bandar? Adakah mereka akan mengikuti cara pemakanan Barat yang x perlu makan nasi? Saya percaya bagi mereka yang hidup jauh dari kepikukan kota lagi tepat saya katakan mereka yang tinggal di kampung yang mempunyai tanah untuk bercucuk tanam, masalah ini x akan berpanjangan. Mereka boleh menanam padi untuk kegunaan mereka. Apapun saya percaya bahawa setiap masalah yang kita hadapi ada penyelesaiannya. Sama-samalah kita fikirkan apakah yang mampu kita sumbangkan...sekian

x dapat tdo

Disebabkan x tau mau bt apa terpaksa la juga sy tengok blog di pagi2 buta ni...Nak dikatakan mengantuk memang jauh sekali coz sy btl2 mau tdo sda kunun ni tp x dapat... Alkisahnya bermula bila malam td p main ping pong...habis main dah lewat malam dah..then rehat2 jap awal pagi bru p mandi....lepas mandi lapar la pla...terpaksa makan magi....lepas makan magi mengidam la pla nak minum air manis....terpaksa turutkan juga permintaan hati ni minum malam...masalahnya pilihan yg ada cuma KOPI-O...huhhh dah memang kopi-o mmg susa nak tdo pas tu...nasib baik jgala esok x ada kelas...saaat sy menulis nipn mc nak cari cara nak menidurkan diri tp x dpt cara yg sesuai...harap2 pas ni dpt tdo nla ni ,...sekian

Tuesday, May 13, 2008

Pindah bilik lagi..

12/05/08 terpaksa lagi pindah bilik..klu zaman dulu2 mcm org nomad la kali ni cuma kes sy ni la becucuk tanam...apapn tiredla jga angkat2 barang ni nasib baik jgala sy x punya barang yg banyak tp cukup sekadar memenatkan diri...Apapn mgkn ada hikmah di sebalik udang jga..dapat jga sy bilik yg sentiasa sejuk,gelap,luas n yg paling penting sekali dpt conquer 1 bilik huhuhu..n internetpn kira ok even x excellent ka apa ka yg sewaktu dengannya yg penting konsisten x putus2 hehe