Wednesday, May 14, 2008

Isu kekurangan beras

Isu kekurangan beras sekarang ni hangat diperkatakan...Siapaka yang harus dipersalahkan? Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan kita dalam membendung masalah ini...apapun adakah kerajaan sahaja yang harus bertanggungjawab? Apakah kita sebagai rakyatnya bertindak sebagai pemerhati? Bila mana berlakunya masalah seperti sekarang ni semuanya kita salahkan kerajaan. Protes kenaikan harga berlaku di sana sini. Persoalannya adakah dengan melakukan hal-hal seperti tunjuk perasaan dan sebagainya dapat menyelesaikan masalah ini? Bagaimana mungkin harga beras tetap sama jika sememangnya ianya tidak mencukupi. Sepengetahuan saya, isu kekurangan ini tidak pernah timbul dulu. Zaman penjajahan dahulu memang betul berlaku kekurangan beras tetapi pada masa itu kita belum merdeka lagi tetapi selepas merdeka kita bergerak maju ke depan. Pelbagai usaha dibuat untuk memajukan sektor pertanian. Apapan sekarang ini saya berpendapat kita telah ditelan oleh oleh zaman. Zaman sekarang ini kebanyakan orang bersikap kapitalis. Dulunya kawasan yang biasanya ditanam dengan padi digantikan dengan tanaman lain.Tanaman yang paling popular ialah kelapa sawit ataupun pokok getah. Terdetik di fikiran saya jika bekalan beras ni akan habis kelak. Apakah yang akan berlaku bagi mereka yang hidup di kawasan bandar? Adakah mereka akan mengikuti cara pemakanan Barat yang x perlu makan nasi? Saya percaya bagi mereka yang hidup jauh dari kepikukan kota lagi tepat saya katakan mereka yang tinggal di kampung yang mempunyai tanah untuk bercucuk tanam, masalah ini x akan berpanjangan. Mereka boleh menanam padi untuk kegunaan mereka. Apapun saya percaya bahawa setiap masalah yang kita hadapi ada penyelesaiannya. Sama-samalah kita fikirkan apakah yang mampu kita sumbangkan...sekian

No comments: