Monday, June 23, 2008

Melukis

Diwaktu begini, kebanyakan manusia sedang tidur dengan lenanya. Penulis pula masih lagi berusaha mencari pic yang senang untuk dilukis. Tugasan melukis yang diberikan sangat mencabar bagi penulis kerana kertas lukisan yang digunakan bukannya kecil tetapi bersaiz "box pad" if i'm not mistaken. Bayangkan kertas yang digunakan untuk membuat kotak harus dipenuhkan betapa payahnya untuk menyiapkan apa lagi jika seseoarng itu tidak mempunyai jiwa seni seperti penulis. kalau ikutkan hati, mahu saja penulis melukis mata besar-besar tetapi jiwa terasa berat kerana penulis berpendapat akan banyak lagi sahabat-sahabat penulis akan memilih mata sebagai tajuk lukisan mereka. Apa yang mampu penulis lakukan adalah mengharapkan keajaiban yang belum pasti akan tercapai. Walau bagaimanapun memandangkan masa dah menunjukkan jam 2.43 pagi dalam masa 2 minit lagi perlawanan Italy n Spain akan bermula. Nampaknya niat suci penulis utk menyiapkan tugasan tidak kesampaian coz penulis kena tengok perlawanan ini hehe

Saturday, June 21, 2008

Main futsal

Petang ni first tme sy trun balik main futsal setelah berehat beberapa hari coz injured haha.. Sepatutnya bulum bole main lagi bilang saya punya hati tetapi disebabkan keadaan fizikal yang tidak mengizinkan terpaksa juga turun mau kasi ilang lemak yang semakin membimbangkan haha..Dengan usaha yang bersungguh-seunguh dan semangat berpasukan yang tinggi, berjaya juga saya menjaringkan gol yang sy idam-idamkan selama ini walaupun x banyak cuma 1 ja tapi cukupla utk mengembalikan kembali keyakinan yang semakin hilang kuang222...

Program Wakenabeb

Awal pagi tadi sy surf internet mau cari wakenabeb di youtube. Inipun sebab kwn2 cakap rancangan ni kasi kena artis2. Banyakla dorg cakap..kesianla artis tu, kena gila2la n banyak lagi sewaktu dengannya yg mendorong sy mau cari d rakaman tu di youtube. Cari punya cari akhirnya jumpa lagi. sekejap ja cari coz sy guna Miro. Bila suda donload nn tengok, sy rasa rancangan ini dari satu segi okeyla coz boleh menghiburkan penonton. Apapun sy berpendapat rancangan ini lebih banyak memberi kesan yang tidak baik. Klu orang yg mudah dipengaruhi mungkin saja akan terikut-ikut dengan rancangan ini. Tambahan lagi cara mereka mengenakan mangsa boleh dikira ARAMAITII juga...hehe pendek kata sayapun turut terhibur huhu

Kecewanya Croatia kalah

Semalam tenguk euro.dpt tenguk 1'st half ja lepas tu tertidur. Bangun2 ja tgk news mau tau siapa yg menang. Apapun berita yang sy harapkan x kesampaian malah sebaliknya berlaku huhu...

Turki ke separuh akhir

21/06/2008 11:52am

VIENNA, Austria 21 Jun- Rustu Recber menjadi wira Turki apabila menyelamatkan tendangan penalti yang diambil oleh pemain Croatia, Mladen Petric, sekali gus membawa Turki ke separuh akhir Euro 2008.

Turki mencatat kemenangan 3-1 ke atas Croatia menerusi penentuan tendangan penalti apabila kedua-duanya terikat 1-1 pada masa tambahan.

Arda Turan, Semih Senturk dan Hamit Altintop berjaya menjaringkan gol untuk Turki menerusi penentuan penalti kalah mati itu.

Sementara itu, pemain Croatia, Luka Modric serta Ivan Rakitic gagal menyempurnakan tendangan penalti dan hanya Darijo Srna yang berjaya melaksanakannya.-AP

Friday, June 20, 2008

Kerasukan Setan

Di zaman moden ini, kerasaukan setan masih lagi berlaku seiring dengan pembangunan pesat dunia. Berita mengenai kerasukan sering kali di dedahkan di dada akhbar. Kerasukan setan mengakibatkan penyakit secara jasmani, seperti kelu, buta dan dll. Kadang kala juga orang yang kerasukan setan ini akan melakukan kejahatan.

Dapat disimpulkan disini bahawa terdapat pelbagai gejala dari kerasukan setan, seperti kelemahan jasmani yang bukan disebabkan oleh gangguan fisiologi, perubahan keperibadian seperti depresi berat atau sifat agresif yang tidak masuk akal dan juga kekuatan supernatural.

Disamping ciri-ciri jasmaniah atau emosional kita juga boleh melihat ianya dari sudut rohani sesorang. Seseorang yang tidak mengampuni, dan juga menyebarkan ajaran-ajaran yang tidak benar terdedah kepada kerasukan setan.

Mengenai pengaruh setan dalam kehidupan orang-orang Kristian, setan tidak akan dapat merasuk kerana setiap orang-orang Kristian memiliki Roh Kudus yang tinggal di dalamnya. Setan hanya dapat merasuk jika sekiranya seseorang membiarkan dirinya dikuasai oleh dosa secara terus menerus. Kebanyakan individu membuka hidup mereka kepada setan melalui dosa atau penglibatan dalam pemujaan roh baik ianya dilakukan secara sedar ataupun tidak.

Set Induksi

Dulu mengajar nampak mudah sekali. Masa jadi murid dlu klu cikgu mengajar ya x ya ja. Tapi bila cikgu buat silap ataupun teknik pengajaran yang digunakan oleh cikgu tu boring heboh pla nak kutuk2 cikgu tu. Tapi itu cerita lama. Bila memasuki alam pekerjaan barula terfikir tentang kisah2 lama. Kadang terasa menyesal sekali hinggakan diri terasa bodoh sekali. Mula la befikir..kalaula dulu belajar bagus2, dengar cakap cikgu, tidak mengutuk cikgu, tidak melawan cikgu, tidak ....dan banyak lagi mungkin sekarang ni saya sudah jadi doktor. Apapun tu kisah zaman muda-muda dulu dan zaman itu tidak mungkin akan kembali lagi. Dipendekkan cerita, rupanya tugas cikgu ni tidak semudah yang disangka. Sebelum mengajar cikgu kena buat persediaan yang rapi, kena buat rancangan pengajaran, set induksi, cari bahan P&P, cari soalan, analisis soalan yang lalu-lalu, mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sedia ada murid dan banyak lagi. Semua benda tu bukannya mudah. Itu semua dilakukan utk menarik minat murid. Skg ni pun mau buat set induksi pun payah. Ni baru mikroteaching belum lagi yang betul2. Harap2 dapat ideala mau buat set induksi sebelum mengajar petang ni..

Thursday, June 19, 2008

Kisah si pereka cipta

Adalah kunun ni student IPTA di Malaysia. Student ni sedang cuba menguji prototype nyamuk di kebun getah. Untuk pergi ke kebun getah, student tu kena seberang jalan dulu. Masa mau sebarang tu, tiba2 ada lori balak limpas. Driver lori tu x sempat elak student tu. Student tupun terpelanting kira2 20 meter dari tempat kejadian. Prototaip yg kena buat tupun hancur. Nasib baikla student tu x KO. Sambil menangis student tu berteriak , "Alamak habissssla ni. Kenapa ko langgra saya tengok hansur sudah prototaip saya. Ini prototaip terbaru ni guna frequensi kasi halau nyamuk!!" Yg driver bas tu pun heran. kata driver tu. "Maafkan saya. tapi kenapa kamu masih fikir prototaip kamu? Kamu sendiripun mau dekat KO sda. Hidung kamupun rata sudah.." Dengan rasa terkejut yang amat sangat, student tupun tengok hidung dia di cermin. Student tu jadi bingung, lalu beteriak..."ya ampunnnn. bukan saja prototaip saya hancurrrr. Hnacurrrrr juga hidung tempat anting2 penat saya lubangkan !!!"

Cara mencari kenalan di friendster

Buring punya pasal hehe terdetik pula mau kongsi beberapa petua untuk kawan2 mencari kenalan di friendster. Contoh-contoh mesej mengikut sumber yang boleh dipercayai ada dibawah:

Cara 1

Hmhmhm… pic kamu ok juga… tidak begitu cantik dan tidak begitu hodoh, layak untuk jadi kawan saya… ini email saya 878789@yahoo.com

Cara 2

Pic kamu terukla..x malu ka letak di friendster? Ka kamu ada pic tu ja? Sy tidak akan add kamu jadi kawan saya selagi kamu x tukar gambar dlu.

Cara 3

Kamu cantik tapi sihat :). Tolong jangan add saya plzz

Cara 4

Kenapa status kamu masih single padahal kamu ni gadis yang cantik? Mungkin kamu lesbian ni kan haha..x bole marah aaa. Klu marah kena jual haha

Cara 5

Kamu cantik tapi x padan dengan BF kamu. Mungkin kamu x pilihan dulu. Kalau kamu pernah jumpa saya mesti kamu pilih saya. Apapun saya tetap bagi kesempatan utk kamu mengenali saya. Ni no hp saya 067-xxxx

Cara 6

Aiks macam kanallll ja ni. Kamu kenal saya ka? atau jangan2 kita pernah kenal dlu. Kamu rasa kamu kenal saya ka?

Wednesday, June 18, 2008

Isu Latihan Praktikum

Risau juga bila bila cakap pasal praktikum ni. Until now x ada keputusan rasmi lagi...Klu masa masih lama x apa juga ni tinggal berapa minggu lagi. Klu tempat tu sediakan tempat tinggal x apa juga ni kena cari sendiri.hehe apapn usaha tangga kejayaan bilang orang2 tua hehe