Saturday, March 29, 2008

Asal usul nama Keningau..

Bangun ja ari ni terasa sangat boring..x ble buat rutin yg dlu lagi maklumla exam dah abis.. utk mengisi masa lapang seperti biasa sy akan baca news dlu..Klu baca news ni sy x suka baca semuanya..yang selalu sy tengok terlebih dulu mesti bhg. sukan..lepas tu barula tgk2 bhg2 penting yg sy rasa menarik.. pas tu tba2 sy tefikir pla nak cari sebab daerah saya dinamakan Keningau..Cari punya cari akhirnya terjumpa juga sy sumber yg boleh dipercayai pasal Sejarah Keningau ni...

Secara Umum

Daerah Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah, ia adalah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman.

Lokasi Daerahnya adalah: Latitude 5°00' - 5°40'

Daerah Keningau boleh dihubungi menggunakan kenderaan dari Ibu Kota iaitu Kota Kinabalu melalui jalan darat dari Tambunan dan juga Kimanis di mana jarak jauh keduanya lebih kurang 128 kilometer. Anda boleh mendapatkan teksi dari Kota Kinabalu dengan harga biasa RM20 seorang atau dengan bas mini, RM10 seorang.

Asal-usul nama Keningau

Menurut cerita masa dahulu, ada sebuah kampung di mana terdapat banyak pokok kayu manis yang juga dikenali sebagai "kayu keningau" dalam bahasa tempatan. Orang-orang Inggeris menerimanya sebagai rempah dan seterusnya menjualnya sebagai pasaran antarabangsa. Setelah saudagar-saudagar asing mengenalinya, permintaannya semakin bertambah dan semakin lama "kayu keningau" semakin mashyur di pedalaman. Untuk mudah mengenali kampung yang banyak pokok keningau, maka kampung itu dipanggil Kampung Keningau. Untuk memudahkan lagi pengenalan KENINGAU, maka nama Daerah Keningau telapun dibubuh dalam peta. Demikian kisah asal-usul nama Keningau.

Personaliti Keningau

Datuk B.S.Sundang Gunsanad PDK., MBE

O.K.K. Sedomon Gunsanad(1894-1966)

Lee Kim Sui

Friday, March 28, 2008

Balik Kampung...

Emm..cuti2 mcm ni..ada juga terlintas di fikiran nak balik kampung....maklumla cutila katakan..boring x der mender nak buat..tapi bila fikir masak2 mcm x berbaloi pla nak balik kampung..cutipun x lama sangat seminggu ja..mungkin stay d hostel ja ni tengok anime..nak jalan2 pun malas rasanya..

Bahagianya abis exam

Hari ni bolela dikatakan hari yang sangat bahagia haha..iyala baru abis exam kunun...walaupun x dapat jawab exam perasaan gembira tetap ada malah melebihi tahap kekecewaan x dpt jwb exam..mungkin sebab exam ni x penting sangat mungkin haha..so boring2 cuti ni belajar2 la kunun ni buat blogg..