Monday, June 23, 2008
Melukis
Saturday, June 21, 2008
Main futsal
Program Wakenabeb
Kecewanya Croatia kalah
Turki ke separuh akhir
VIENNA, Austria 21 Jun- Rustu Recber menjadi wira Turki apabila menyelamatkan tendangan penalti yang diambil oleh pemain Croatia, Mladen Petric, sekali gus membawa Turki ke separuh akhir Euro 2008.
Turki mencatat kemenangan 3-1 ke atas Croatia menerusi penentuan tendangan penalti apabila kedua-duanya terikat 1-1 pada masa tambahan.
Arda Turan, Semih Senturk dan Hamit Altintop berjaya menjaringkan gol untuk Turki menerusi penentuan penalti kalah mati itu.
Sementara itu, pemain Croatia, Luka Modric serta Ivan Rakitic gagal menyempurnakan tendangan penalti dan hanya Darijo Srna yang berjaya melaksanakannya.-AP
Friday, June 20, 2008
Kerasukan Setan
Di zaman moden ini, kerasaukan setan masih lagi berlaku seiring dengan pembangunan pesat dunia. Berita mengenai kerasukan sering kali di dedahkan di dada akhbar. Kerasukan setan mengakibatkan penyakit secara jasmani, seperti kelu, buta dan dll. Kadang kala juga orang yang kerasukan setan ini akan melakukan kejahatan.
Dapat disimpulkan disini bahawa terdapat pelbagai gejala dari kerasukan setan, seperti kelemahan jasmani yang bukan disebabkan oleh gangguan fisiologi, perubahan keperibadian seperti depresi berat atau sifat agresif yang tidak masuk akal dan juga kekuatan supernatural.
Disamping ciri-ciri jasmaniah atau emosional kita juga boleh melihat ianya dari sudut rohani sesorang. Seseorang yang tidak mengampuni, dan juga menyebarkan ajaran-ajaran yang tidak benar terdedah kepada kerasukan setan.
Mengenai pengaruh setan dalam kehidupan orang-orang Kristian, setan tidak akan dapat merasuk kerana setiap orang-orang Kristian memiliki Roh Kudus yang tinggal di dalamnya. Setan hanya dapat merasuk jika sekiranya seseorang membiarkan dirinya dikuasai oleh dosa secara terus menerus. Kebanyakan individu membuka hidup mereka kepada setan melalui dosa atau penglibatan dalam pemujaan roh baik ianya dilakukan secara sedar ataupun tidak.
Set Induksi
Thursday, June 19, 2008
Kisah si pereka cipta
Cara mencari kenalan di friendster
Buring punya pasal hehe terdetik pula mau kongsi beberapa petua untuk kawan2 mencari kenalan di friendster. Contoh-contoh mesej mengikut sumber yang boleh dipercayai ada dibawah:
Cara 1
Hmhmhm… pic kamu ok juga… tidak begitu cantik dan tidak begitu hodoh, layak untuk jadi kawan saya… ini email saya 878789@yahoo.com
Cara 2
Pic kamu terukla..x malu ka letak di friendster? Ka kamu ada pic tu ja? Sy tidak akan add kamu jadi kawan saya selagi kamu x tukar gambar dlu.
Cara 3
Kamu cantik tapi sihat :). Tolong jangan add saya plzz
Cara 4
Kenapa status kamu masih single padahal kamu ni gadis yang cantik? Mungkin kamu lesbian ni kan haha..x bole marah aaa. Klu marah kena jual haha
Cara 5Kamu cantik tapi x padan dengan BF kamu. Mungkin kamu x pilihan dulu. Kalau kamu pernah jumpa saya mesti kamu pilih saya. Apapun saya tetap bagi kesempatan utk kamu mengenali saya. Ni no hp saya 067-xxxx
Cara 6
Aiks macam kanallll ja ni. Kamu kenal saya ka? atau jangan2 kita pernah kenal dlu. Kamu rasa kamu kenal saya ka?