Saturday, April 12, 2008

Histeria

Hari ni saya nak kongsi sikit info pasal histeria ni..mmg x dapat dinafikan histeria ni sering di alamai oleh pelajar2 khususnya mereka yang tinggal di asrama.. INFO: Histeria Dari sudut psikologi
  • Histeria dari sudut kesihatan psikologi ditakrifkan sebagai gangguan kesihatan di mana tahap kesedaran orang yang terbabit berubah dan dia tidak ingat apa yang berlaku. Mangsa menunjukkan perilaku, emosi dan pemikiran yang tidak normal.
  • Berjangkitnya histeria ke khalayak ramai kerana golongan itu memiliki banyak persamaan seperti corak tekanan sama, contoh murid sekolah dan pekerja kilang; usia sebaya; lazimnya sama jantina. Media massa yang menggembar-gemburkan peristiwa histeria juga turut meningkatkan berlakunya gangguan ini apabila ia turut mempengaruhi tanggapan masyarakat.
  • Fenomena histeria adalah kesan dari tekanan perasaan dan konflik emosi yang tidak terkawal. Mangsa tidak sedar apa yang berlaku tetapi dengan bantuan dan sokongan moral serta galakkan untuk kembali memuhasabah diri secara lebih realistik dan pragmatik, lazimnya mangsa akan beransur pulih.
  • Jika terdapat tanda keresahan dan kemurungan, ubatan bagi mengawal tanda itu boleh membantu dan mempercepatkan proses pemulihan serta mencegah berulangnya kejadian histeria. Walau apa pun yang diusahakan, tawakal kepada Allah SWT sahajalah yang akhirnya dapat menentukan segala-galanya. Dari sudut unsur ghaib
  • Berbeza dengan saka, santau atau sihir, histeria disebabkan makhluk halus yang tidak bertuan. Kebiasaannya makhluk itu merasuk mangsa bagi membalas perbuatan mangsa yang mengganggu atau merosakkan kediaman mereka seperti di pandang atau hutan.
  • Jin atau makhluk halus ini merasuk dan mengganggu minda mangsa sehingga menyebabkan mangsa tidak sedar apa yang berlaku dan hilang kawalan diri.
  • Jenis tekanan yang boleh mencetuskan histeria adalah bimbang keterlaluan (contohnya pelajar yang ingin mengambil peperiksaan); ketegangan terlampau yang tidak diluahkan (mangsa memendam tekanan dan perasaan marah tanpa diluahkan, contohnya mangsa buli atau teraniaya); menghadapi tekanan dalam keluarga yang berpecah belah dan berkonflik sehingga hidup tidak tenang; tekanan tempat kerja; tekanan dalam rumah tangga.
  • Mereka yang memiliki kekuatan rohani jarang histeria selain kuat beribadat, sabar, tidak berputus asa.
  • Bayi atau kanak-kanak turut histeria tapi mereka hanya meraung ketakutan dan jari mungkin menunjuk ke arah suatu arah. Lelaki yang histeria pula kelihatan seperti sedang amuk.
  • 1 comment:

    Anonymous said...
    This comment has been removed by a blog administrator.