Sunday, May 25, 2008
Akademi Fantasia 6
Sebagai peminat seni, saya berasa sangat bangga kerana pada hari ini sekali lagi pihak ASTRO berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang begitu berbakat sekali dalam bidang nyanyian. Setinggi ucapan tahniah kepada tenaga-tenaga pengajar Akademi Fantasia yang diterajui oleh Ramli MS dan juga pihak-pihak yang terlibat kerana berjaya melakukan yang terbaik dalam mencapai objektif Akademi Fantasia ini. Untuk bekas pelajar Akademi Fantasia teruskan usaha anda semoga anda berjaya mencorakkan lagi dunia hiburan dinegara kita malahan di seluruh dunia. Bagi para peminat Akademi ini tahniah kerana terus mengundi. Walau bagaimanapun, penulis masih lagi tidak dapat memahami kriteria sebenar peminat mengundi pelajar. Ini kerana, apabila mengimbas kembali konsert akhir Akademi Fantasia 6 jelas sekali pelajar yang bernama Nadia layak untuk mendapat tempat yang lebih baik tetapi sebaliknya yang berlaku. Apapun seperti yang dikatakan oleh AC Mizal "Segala Undian Di Tangan Anda" sememangnya tepat sekali. Oleh itu peminat memainkan peranan yang sangat penting sekali dalam Akademi ini. Kematangan peminat dalam memilih pelajar adalah sangat penting agar pelajar-pelajar yang dilahirkan kelak benar-benar boleh bersaing didalam dunia seni ini. Akhir sekali TAHNIAH buat Stacy. Anda sememangnya layak bergelar JUARA Akademi Fantasia 6 ini. Sekian
Tuesday, May 20, 2008
Buat Kapal Lanun
Cakap pasal design2 ni memang bukan bidang saya ni. Saya lagi rela buat kerja amal spt potong rumputka, berenang ka dan apa2 yang sewaktu dengannya. Apapun utk memenuhi kehendak kementerian terpaksala juga memaksakan dri buat design n prototype utk kapal. Tidak kirala apa kapal sekalipun asalkan boleh berfungsi di laut.
Mau design bentuk kapalpun memakan masa lama. I don't know bilang org putih. Tiba2 pula mcm mana saya tefikir cerita lanun klu sy x silap Pirates of the Carribean mungkin tajuk crita tu. Maka dengan sendirinya timbulla idea saya buat kapal mcm cerita lanun tu. Mau buat kapal yang power2 memang saya x tau. Lagipun kalau Kapal Lanun memang x cantikkan jadi kira bolela. Harap2 kapal yg tercipta nanti ada juga rupa kapal walau sikitpun
Apa yang ada dengan pekan TM
pagi tadi buring2 saya pegila pekan Tanjung Malim. Awal lagi bangun tu jam 8 sda besiap huhu...kira awal la kunun tu bg sy. Saya mau crita sikit pasal pekan ni. Pekan ni x la besar sangat tapi memang sesuaila bagi orang yang tidak suka kebisingan kota mcm penulis haha. Apa yang ada di pekan ni memang cukupla utk membeli segala keperluan yg kita guna seharian. Tapi bagi mereka yang kaki panggung la katakan memang tidak dapatla tengok wayang d cni. Nila yang saya mau katakan sebenarnya ni haha..Apapun harapan tingggal harapan iyala nama memang pekan ja kan takkanla mau buat panggung pula. Tapi sy rasa memang untung betul org yg berani buat panggung d cni. Hopefully next tme adala 1 or 2 panggung kena bt d cni.
Subscribe to:
Posts (Atom)